"untung takde ibu mertua". Seorang kawan pernah cakap, merujuk kepada saya.
Pada orang lain, mungkin ada betulnya. Tak perlu dilema fikir kehendak ibu sendiri dan ibu mertua.
Tapi bakal ibu mertua saya, dah lama anggap saya menantu beliau, dan jaga saya seperti anak sendiri.
5 tahun. Selama 5 tahun ni saya selalu ikut beliau ke mana2, kerana hanya saya anak yang paling dekat dan selalu ada. Anak2 lain dah punya family dan jauh di lain negeri.
As for me, family saya di kedah... Jadi sepanjang saya belajar di upm hingga bekerja, ibu mertua, beliau lah orang yg selalu ada untuk saya. Dan juga orang yang cepat sense kalau saya dengan najib tengah musim-tak-best. :)
Saya tau ada sesetengah orang kurang bernasib baik.. tak disukai mertua. Lebih teruk, dibenci mertua. Dan mungkin ipar duai. Tapi saya sangat bertuah kerana ada ibu mertua yg sangat understanding dan sporting. Dan juga ada in-law yang regards me as their own sister.
Masa zaman najib di upnm, setiap kali ke upnm.. Saya dengan mummy. Pergi melawat boyfriend dengan mummy dia..sebab saya memang weekend berada di rumah family najib, most of the times.
Sejak dah bekerja, dah tau rutin setiap hari jumaat kalau pukul 7pm belum sampai runah mummy mesti akan call tanya saya di mana.
Tapi, 8 februari 2011.. Mummy meninggal dunia.
Unexpected. Mengejutkan semua. Saya masih terbayang-bayang kakak najib menangis sambil pegang mummy dan cakap "aan.. Mummy da takde.."
Hmm. Sampai sekarang rasa sebu dada bila ingat saat tu.
Hari ni hari lahir mummy.
Sebak bila fikir tak ada mak mertua pada hari saya secara sah jadi menantu beliau nanti.
Sedangkan selama ni sangat banyak masa yang saya habiskan dengan beliau, berbanding dengan masa saya bersama najib.
Ibu mertua, taraf ibu mertua lebih tinggi dari ibu sendiri setelah seorang perempuan berkahwin. Itu hukum yg kita tak boleh pertikai. Walau macam mana kita rasa tak selesa atau mungkin tak serasi dengan ibu boyfriend/tunang, kita mesti berusaha sehabis baik untuk membahagiakan ibu mertua kita setelah kita dah diijabkabul. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan suami setelah seorang perempuan itu berkahwin. Mana ada lelaki yg tak gembira bila tau isteri seada upaya menggembirakan ibu dia, kan? :)
Sebelum ambil keputusan untuk stay-stick dengan seseorang, lihat dulu keluarga nya. Pastikan dahulu kita juga mampu untuk kasih & sayang keluarga orang itu seperti kita sayang dia.
Macam mana kalau ada kalangan ahli keluarga dia yg kureng berkenan dengan kita?
Take time dan cuba seikhlas hati sampai orang tu dapat terima. Walau pun masa yg diambil agak lama & we'll be hurting in the process,,, please have faith. In God, in your loved one and in yourself.
Kepada semua yang berpeluang mempunyai ibu mertua, you are so fortunate. :)
Walaupun saya berkesempatan gembirakan arwah mummy untuk 5 tahun saja, saya tetap bersyukur kerana Allah swt kurniakan ibu mertua yg terbaik.. Sehingga hari terakhir beliau hidup, beliau sentiasa ambil berat & sayang saya amat. Dan saya berjanji kepada diri sendiri akan menjaga & sayang anak bongsu beliau hingga akhir hayat . Insyallah..
P.S maaf entry agak beremosi.. Tiba2 terasa macam tak bersedia untuk lepaskan arwah mummy.
No comments:
Post a Comment