June 29, 2011

Mother-in-law.

"untung takde ibu mertua". Seorang kawan pernah cakap, merujuk kepada saya.
Pada orang lain, mungkin ada betulnya. Tak perlu dilema fikir kehendak ibu sendiri dan ibu mertua.
Tapi bakal ibu mertua saya, dah lama anggap saya menantu beliau, dan jaga saya seperti anak sendiri.
5 tahun. Selama 5 tahun ni saya selalu ikut beliau ke mana2, kerana hanya saya anak yang paling dekat dan selalu ada. Anak2 lain dah punya family dan jauh di lain negeri.
As for me, family saya di kedah... Jadi sepanjang saya belajar di upm hingga bekerja, ibu mertua, beliau lah orang yg selalu ada untuk saya. Dan juga orang yang cepat sense kalau saya dengan najib tengah musim-tak-best. :)
Saya tau ada sesetengah orang kurang bernasib baik.. tak disukai mertua. Lebih teruk, dibenci mertua. Dan mungkin ipar duai. Tapi saya sangat bertuah kerana ada ibu mertua yg sangat understanding dan sporting. Dan juga ada in-law yang regards me as their own sister.
Masa zaman najib di upnm, setiap kali ke upnm.. Saya dengan mummy. Pergi melawat boyfriend dengan mummy dia..sebab saya memang weekend berada di rumah family najib, most of the times.
Sejak dah bekerja, dah tau rutin setiap hari jumaat kalau pukul 7pm belum sampai runah mummy mesti akan call tanya saya di mana.
Tapi, 8 februari 2011.. Mummy meninggal dunia.
Unexpected. Mengejutkan semua. Saya masih terbayang-bayang kakak najib menangis sambil pegang mummy dan cakap "aan.. Mummy da takde.."
Hmm. Sampai sekarang rasa sebu dada bila ingat saat tu.
Hari ni hari lahir mummy.
Sebak bila fikir tak ada mak mertua pada hari saya secara sah jadi menantu beliau nanti.
Sedangkan selama ni sangat banyak masa yang saya habiskan dengan beliau, berbanding dengan masa saya bersama najib.

Ibu mertua, taraf ibu mertua lebih tinggi dari ibu sendiri setelah seorang perempuan berkahwin. Itu hukum yg kita tak boleh pertikai. Walau macam mana kita rasa tak selesa atau mungkin tak serasi dengan ibu boyfriend/tunang, kita mesti berusaha sehabis baik untuk membahagiakan ibu mertua kita setelah kita dah diijabkabul. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan suami setelah seorang perempuan itu berkahwin. Mana ada lelaki yg tak gembira bila tau isteri seada upaya menggembirakan ibu dia, kan? :)

Sebelum ambil keputusan untuk stay-stick dengan seseorang, lihat dulu keluarga nya. Pastikan dahulu kita juga mampu untuk kasih & sayang keluarga orang itu seperti kita sayang dia.
Macam mana kalau ada kalangan ahli keluarga dia yg kureng berkenan dengan kita?
Take time dan cuba seikhlas hati sampai orang tu dapat terima. Walau pun masa yg diambil agak lama & we'll be hurting in the process,,, please have faith. In God, in your loved one and in yourself.

Kepada semua yang berpeluang mempunyai ibu mertua, you are so fortunate. :)
Walaupun saya berkesempatan gembirakan arwah mummy untuk 5 tahun saja, saya tetap bersyukur kerana Allah swt kurniakan ibu mertua yg terbaik.. Sehingga hari terakhir beliau hidup, beliau sentiasa ambil berat & sayang saya amat. Dan saya berjanji kepada diri sendiri akan menjaga & sayang anak bongsu beliau hingga akhir hayat . Insyallah..


P.S maaf entry agak beremosi.. Tiba2 terasa macam tak bersedia untuk lepaskan arwah mummy.

June 23, 2011

Cari Jodoh.



farihan nyanyi lagu Wali Band- Cari Jodoh.
nyanyi penuh semangat. walaupun pitching lari ke laut.
najib buat muka seposen je sambil pilih-pilih lagu lain . tak berminat nak layan lagu nyanyian tunang beliau. (-_-")

lagi berapa bulan nak jadi bini orang, dok eksaited nyanyi lagu cari jodoh dengan tunang.

tak boleh ke? boleh je... takkan memanjang nyanyi lagu jiwang je kan?..
tu semua simpan untuk lepas kawen pulak. baru bermakna. he. he. he. :D

June 21, 2011

it takes no time to fall in love, but it takes you years to know what love is.


kita stop sekejap tentang wedding. tentang marriage. tentang engagement.
we go back to the fundamental of a relationship. the love, the different side of it.
the bittersweet, without the word 'sweet'. means, bitter.


the 'hiccups' in a relationship.


mari kita bercerita tentang ini. yang gembira senang nak kongsi, kan? tapi yang bitter semua kalau boleh kita nak pendam. sebenarnya takde orang nak biacara yang tak best-tak best. sedangkan itu wujud. if you only have all the sweet moments in a relationship, oh you have a problem.
anyway.
dalam relationship, we actually grow. not only grow the relationship, but also the person himself and herself are growing.
kadang-kadang, awalnya kita nampak orang kesayangan kita ni begini-begini. lepas setahun dua tahun kemudian, eh lain pulak dari yang kita kenal dia dahulu.
and we said, 'he has changed', 'she has changed'.
tak kira the changes is in positive way, or negative, or even neutral... but the person has changed.

a friend once said to me, "sometimes people don't change, sometimes they reveal."

reveal dalam konteks kat sini macam show the true color lah.
people changes.
people reveals.
and..
after being with my najib for approximately 5 years in a relationship, i has discovered one more context.
people grows.
our lover, they grow.
sometimes they don't change, they don't reveal either. but they grow.
mereka buat sesuatu yang baru, yang mungkin kita boleh terima dengan senang hati @ berat hati.

contoh yang saya dapat bagi seperti dulu najib tak pakai glasses, tapi beberapa bulan lepas dia start pakai.
dan saya masih pandang dia lain macam bila tengok dia pakai glasses.


and parallel with life, they grow. too.
dulu-dulu masa belajar kita bercinta cara orang belajar. dan bagi yang bercinta dengan kadet, we know the drill. the curfew, the no-certainty-situation, etc.

tapi bila dah masuk berkerja ni, dah lain...
kita sesuaikan diri kita dengan working life dan pada masa yg sama nak fahamkan our brain yang partner kita sekarang bukan kadet lagi tapi dah kerja.
susah tak???
susah.........

i still remember bila najib commissioned, i felt so happy finally he was out from Upnm, i know he might be busy, but not so busy likes in Upnm.
i was so wrong. and i was super wrong as i couldn't even meet him for 5 months since dia masuk unit. contact pun sangat2 jarang. oh yes... melaka-seremban bukan jauh tapi jadi macam sangat jauhhh. kalau duduk borneo ke kita akan lebih rasional, sebab memanglah tak dapat jumpa. tapi bila dekat macam tu memang sebagai perempuan emosi cepat terganggu.

waktu tu apa perasaan??
macam-macam rasa. dealing with practicum teaching, not able to meet him, and the agony of engagement needed to be postponed.. seriously rasa painful.
tambah-tambah bila tak ada orang di sekeliling yg memahami. waktu tu hardly kenal mana-mana military's partner.
kerana yang akan faham hanyalah orang yang in-relationship with a military person too. orang lain memang tak faham..

waktu tu juga setan [bukan seth tan ye...] kerap jugak mencucuk-cucuk suruh give-up aje la..bla..bla.. mula la question diri sendiri, kenapa lah relationship tak macam orang lain.
tapi,

don't make a permanent decision based on a temporary feeling.


kerana apa yg kita rasa tu mungkin sekejap saja. kadang-kadang bila tengah beremosi macam tu kita terlupa sekejap masa-masa bahagia kita dengan orang kesayangan.
kita terlupa sekejap yang keadaan mereka sekarang, bukan kehendak mereka.
kita terlupa sekejap yang sebenarnya sokongan kita lah yang paling mereka perlu selain daripada keluarga.




to all dear lovelies, i dedicate Life is Wonderful by Jason Mraz, for you... :)

June 19, 2011

Kursus Pra-Perkahwinan.

[contoh sijil. ni milik saya & najib. haha berbeza nye yang satu tu siap da kena hujan. :p]

~

marriage course is on one the wajib-to-do thing in order to get married. tak ade ini, tak boleh kawen ye..
dalam kursus ni kita akan dapat banyak insight mengenai rumahtangga Islam.

for now, kursus kahwin ni akan berlangung selama 2hari berturut-turut sabtu dan ahad. biasanya from 9am-5pm.
tapi ada dengar khabar mungkin lepas ni diorang akan buat 3hari 2malam termasuk qiamullail. hehe sape yang taknak pergi qiamullail baik pergi sekarang. :p

apa yang anda perlu tahu pasal kursus pra perkahwinan?

  • no expiry date. means you boleh pergi sekarang walaupun plan nak kahwin 5,6,7 tahun lagi. :D
  • ada fee. untuk sekarang: RM80. including meals & buku memasuki gerbang pekahwinan. rasanya harga ini standard seluruh malaysia.
  • anda boleh pergi kursus ni di mana-mana saja, tak tertakluk kepada negeri anda akan berkahwin.
  • boleh pergi berseorangan, dengan pasangan atau dengan kawan-kawan. bak kata orang negeri sembilan "pok kok dek ko laaa.." [maksudnya 'ikut suka ko la'.]
  • pakaian sopan berbaju kurung dan juga bertudung.

apa syllabus kursus ni? [wah ada syllabus tu...]

  1. akidah
  2. ibadah
  3. akhlak
  4. prosedur perkahwinan
  5. hubungan kekeluargaan
  6. pengurusan masa & kewangan
  7. pengurusan kesihatan
  8. komunikasi suami isteri
  9. pengurusan tekanan & konflik dalam perkahwinan
  10. pembubaran perkahwinan.

ada lebih kurang 10 topik semuanya.



my story~

saya pergi kursus pra-perkahwinan ni pada penghujung May setelah beberapa kali bertangguh-tangguh. ada orang yang pergi lebih awal, but for me i want to go when im ready to get married, when i know whom i want to be married to. sebab rasa lebih bermakna & ilmu pun lebih mudah untuk ingat.
instead of pergi dekat kedah, saya pergi dekat dalam negeri sembilan jugak iaitu di darul dedikasi dekat senawang. hidup kita ni kan lebih senang sejak ada Google, nak ape je sume main google aje. hehe. that's how i found this place.
since future husband dah attend kursus ni long time ago, so saya pergi sendiri. actually okay je kalau kita pergi sendiri sebab kita tak sempat nak bersembang pun. memang penuh slot.
memang banyak pengetahuan baru dan juga kemusykilan yang dapat solve bila pergi kursus ni.

dan ustaz bagi tips macam mana nak respons kalau suami cakap 'saya nak kawin lagi satu, saya nak ikut sunnah..'
jawapan nya sangat rasional.! :)


for bride to be,,
make sure you attend your marriage course at qualified place.
check the tentative details, make sure you come early as you will need to re-attend the slot if you missed it for more than 5 minutes.




June 13, 2011

Planning the Solemnization Attire.


If you're going to tailor your attire instead of renting, first thing that you should do is,

1. choosing the boutique that you're going to send your attire.
2. discuss with the tailor about the dress that you want to make.

ini penting kerana tailor akan membantu anda melakar design yang anda impikan dan juga akan beritahu material yang diperlukan untuk menghasilkan pakaian tersebut.
ini kerana kalau kita terus pergi beli, selalunya tempat menjual pakej baju pengantin ni dah ada standard ukuran iaitu:
  • 4meter satin
  • 2meter/ 2.5meter lace
  • 5meter satin untuk pengantin lelaki

okay ukuran standard ni perfect kalau nak buat baju kurung moden @ kebaya, tapi kalau nak buat dress dan sebagainya memerlukan lebih material.

semasa mencari material untuk baju akad nikah, saya masih takde specific design in mind. i just thought of being simple and modest, iyelah untuk akad nikah tak sesuai kalau heavy sangat.

usually bila bercakap pasal kahwin, perkara yang orang akan ingat adalah Nilai 3.
sebenarnya saya tak berapa gemar dengan Nilai 3, ntahla mungkin sebab memang kerja area situ. tapi saya ada juga pergi survey material di situ.
okay kalau nak beli material yang berpatutan, Nilai 3 boleh memberikan kepuasan. tapi kebanyakan material di sana hanya satin & lace.
chiffon tak de, dan juga design lace kebanyakkannya sarat dengan labuci.
kalau nak cari lace yang pearl beading, which is so in right now, i suggest you to go to Jalan TAR. cuma kena pandai cari tempat yang boleh bagi good price.
or boleh jahit beading sendiri, i have a friend yang jahit sendiri beading pada 3 attire wedding dia.. fuhh..memang rajin...

above: pear beading

below: chiffon fabric


below: lace with manik beading


memang perlu banyak survey, kerana every kedai akan tawarkan harga yang berbeza.
as for me, i got my material at Jakel Jalan Tar. [Jakel bukan tempat yang affordable, cuma saya tak familiar dengan shop yang jual bridal wear. huhu]
i went for standard package, as i didn't know what to expect. our solemnization attire is gold yellowish so i asked for the color from each material-- lace & chiffon.
saya lebih suka chiffon kepada nampak lebih soft and subtle compared to lace.
but it turned out to be untuk chiffon, warna tu agak kusam. jadi saya pilih lace.
dan saya tukar material satin biasa kepada other material i cant remember. a bit pricey but more comfortable untuk long time wearing... kasihan kalau bakal suami kepanasan.




for bride to be,
have your design, discuss with your designer, and search for good material with good price. :)
doesn't mean we need to splurge huge amount of money for an attire, but of course we want our attire to be personalized and significant.~


June 09, 2011

to be wed to a military man: expectation and reality.


everytime i want to write down, lama sangat dok mengadap je skrin netbook tapi tak tulis apa-apa.
kadang-kadang, sebab there is so much to tell until tak tau kat mana nak start.
some other time, sebab tak cukup self-confidence nak bercakap pasal relationship & wedding.
setakat being in relationship for five years, dan engage nearly a year, rasa masih tak cukup untuk nak ajak berbicara tentang hubungan. relationship is not about period of time.
it doesn't mean longer you are in a relationship, better you are.

tapi bila fikir yang kalau menulis ni, at least kawan-kawan yang lain nampak macam mana nak handle bila ada dalam situasi macam ni. dan sometimes even orang yang sangat rapat dan terdekat dengan kita pun tak mampu nak comfort kan kita with right words bila dah sampai stage menghampiri kahwin ni.
as for me, saya sendiri tak pernah sangka orang-orang yang mampu straighten me out bila da sampai saat 'dugaan phase' ni adalah bukan kawan-kawan rapat. tak pe, tentang ni kita akan bercakap lagi nanti. :)

expectation.
when i say expectation, believe me saya bukan seorang yang expect dapat melalui fasa-fasa menhampiri kahwin dan juga wedding preparation macam orang lain.
in easier words, macam civilian couple.
because we are not. kita semua tau kita dalam relationship dengan military people.
saya cuma rasa okay mesti tunang saya tak banyak masa untuk buat preparation bersama. tapi mungkin dia still lagi boleh bagi pendapat tentang apa-apa, mungkin.
kira tak apa lah, sebab selama ni pun dah biasa kan buat semua benda sendiri... :)

reality.
even you have lowered your expectation, it still didn't go close to the reality. i tell you.
mungkin jika partner anda seorang officer, mungkin agak berbeza. masa pun agak lapang.
tapi, jika partner anda young officer, banyak bezanya. for at least two years after commission, mereka adalah young officer. which means banyak courses perlu bagi commitment, banyak task yang mereka perlu buat.. pendek kata, tidur sekadar 3,4jam saja sehari tu perkara biasa.
jadi bila kita mengharapkan diorang fikir tentang wedding preparation, chances are mereka jarang sangat untuk fikir kerana tak ada masa.
ai untuk bagi pendapat tentang photographer rate pun tak ada masa??
memang tak ada.
boleh kita pergi sama-sama untuk cari material baju nikah nanti??
you're lucky if they can find time to go with you. seriously.
i was like other girl, fikir tak pela kalau dia tak de aku boleh prepare je semua sendiri. buat keputusan sendiri. :)
but reality hurts. there'll be times yang we will envy others yang sama-sama dapat bagi komitmen utk kerja kahwin. there'll be times yang kita rasa sedih sebab terasa macam kita sendirian.

kalau ada orang fikir eh dah 5,6,7 tahun bersama, mesti dah biasa punya...
salah tu... sebab bila bercinta/bertunang, tak sama macam bila fasa preparation untuk berkahwin..
this is the moment where we're very fragile. more fragile than situation of not hearing from them for two months sebab masuk hutan, atau 3,4 bulan sebab pergi berlayar.
bukan hanya kita perempuan, lelaki pun sama.
benda kecil akan nampak seperti gunung everest.


'Survival of the Fittest.'
saya sangat suka phrase ni. 'survival of the fittest.'
because we, military's ladies kena jadi very good in adapting and change, due to condition & changes.
try to find somebody yang dah passed the situation untuk tau macam mana nak handle keadaan macam ni.
for this one, kita tak boleh rely on advice dari single friends.
try to seek opinion from married friend, especially yang baru kahwin sebab diorang masih fresh in mind lagi about this bitter-sweet phase.
every former bride has their own story, and seriously we can learn from their experiences.


even though i can tell you this rationally, but uh-oh i have my meroyan-time too! that's for sure.. :)

June 08, 2011

Merisik.

Merisik dalam bahasa mudah adalah satu fasa dalam perkahwinan di mana si lelaki akan menghantar wakil ke rumah si perempuan untuk risik-risik sama ada perempuan tu dah berpunya ke belum... sebelum hantar rombongan meminang. dalam adat merisik ni selalu yang orang bawa adalah sebentuk cincin belah rotan. dan dan dan family perempuan ni boleh reject dan bagi balik cincin tu. [hehe dulu mengajar Sejarah Form 1 jap tu yang berpengetahuan sket bab ni. ;p]

okay tapi dalam zaman sekarang, zaman kita-kita ni, memang dah hangat bercinta-cinta jadi memang la kita tahu sama ada orang yang kita suka tu available ke tidak, kan? :)

sekarang kebanyakan orang pilih sama ada:
  • merisik --> nikah.
  • bertunang --> nikah.
  • terus nikah.
simple.
anyway dalam hubungan saya dgn najib, we went for every stage of it. dari merisik, bertunang hingga nikah. itu permintaan tunang saya.
jadinya it depends.. yang mana lebih kita selesa. kan. :)

masa hari merisik kami pada tahun lepas, waktu tu saya baru nak mula teaching practical di Seremban. lagi lah pagi tu arwah mummy [ibu najib] datang rumah di alor star untuk bincang2, then malamnya saya balik dengan arwah ke seremban.. sebab saya memang tinggal dengan arwah dekat sini.

p.s. saya siap tak sempat take a bath masa arwah mummy sampai umah sbb dok mengemas2. dashyat niii... lepas je majlis, saya ym dengan abang najib lepas tu bagitau dia ''abang teh, masa mum datang tadi aan tak sempat mandi pun. huhu"
dia jawab: "alah macam selama ni mummy tak penah tengok aan tak mandi."
tetttt.. cess.! (-_-")





for all lovelies,
nak ada kan event merisik atau tidak, terpulang pada anda...
ia tak wajib, cuma one of the element. :)


June 05, 2011

A Welcome Note.

Hallo. :)

terima kasih kepada visitor yang drop by di sini.
current, i am engaged to an army, who is getting prepare for our wedding day.
since i am the first one in the family, obviously i don't have experience on wedding preparation.
i haven't have much knowledge what what to do and i realize that maybe there are many other people who struggles the same thing.

so im jotting down my experiences, with hope that maybe it might help other ladies out there who wants to get additional information on wedding preparation.

wedding is a meaningful event in our lives. perhaps the biggest event.
the phase of changing, from being single to married.
from one, to two. :)
from only responsible to ourselves, to be responsible towards somebody else, too.
we wouldn't want to screw our Big Day, would we? :)

i must tell you, in getting ready to be married.. there are a lot of challenges the both the bride and the groom will be facing.
i will try my best to share my experience, so for those who are going to reach the phase would know what to expect.

until then,
life life to the fullest.!

your truly,
farihan azizan





*UPDATED*

i am officially married. :')

being loved and pampered by somebody who you are legally belong to;
is the greatest feeling in the world!