
:)
alhamdulillah esok dah hari pertama ramadhan... sebulan ni semoga kita semua sama-sama dapat merebut ganjaran sebanyak mungkin. dan berharap semoga masih diberi peluang untuk berjumpa lagi ramadhan seterusnya.
berita hari ini, rasanya semua sudah sedia maklum kebanyakan orang menyebut-nyebut tentang the call-it-off engagement of goal keeper Khairul Fahmi.
terus terdetik, 'sayangnya....'
bukan kerana dia tu khairul fahmi dan perempuan tu elia, tapi kerana pertunangan tu adalah satu tapak melangkah ke jalan yang diredhai.
tapi, mungkin juga sudah bukan jodoh mereka.
sebagai seorang yang berada di alam pertunangan, saya sangat faham badai gelora waktu pertunangan ni lain macam jika nak dibandingkan waktu kita tengah ber-couple2 & bercinta-cinta.
kadang-kadang ada yang tewas, dan banyak pulak yang berjaya mengharungi.
dalam erti kata mudah, waktu bertunang adalah fasa yang boleh jadi indah dan jugak menyakitkan. bergatung kepada cara kita handle diri, pasangan, dan juga hubungan.
waktu ini lah syaitan-syaitan yang sangat benci nak tengok umat Islam nak menuju ke arah jalan yang halal akan cuba cucuk mencucuk, bisik-membisik keraguan dan macam-macam lagi.!
dengan tujuan supaya perkara kebaikan itu tak akan menjadi. syaitan lagi suka manusia ni sentiasa hidup dalam membuat dosa. kan itu kita semua tahu.
kita yang sebelum ni sangat penyabar orangnya boleh bertukar menjadi pemarah.
perkara yang remeh temeh mula lah dirasakan sangat besar dan merunsingkan.
yea.. benda-benda begini memang berlaku.
itu tak termasuk lagi kes-kes seperti ada saja orang-orang baru atau lama mula nak menghadir dalam life kita, ataupun pasangan kita. eh eh mana dulu-dulu takde pulak, tapi bila masuk saja fasa darah manis..berbagai-bagai pulak, kan?
funny it is, it's true.
macam mana nak handle??
kena sentiasa ingat, jangan leka dengan hasutan syaitan. cakap macam mudah, tapi bila saat-saat genting tu, time-time macam tu lah kita akan terlupa lalu bertindak ikut emosi.
jadi, cuba lagi dengan sepenuh hati. sentiasa ingat-mengingatkan dengan pasangan kita.
dan cuba untuk mengalah pada perkara-perkara perlu. lelaki ada egonya sendiri, kita jangan bersaing dengan ego mereka. kita tak akan menang, hanya menambah buruk keadaan.
what we should do??
being a wise lady.
it's like a rubber-band, the more you pull..they more they'll go farther. so loosen up, and they'll back. :)
adakah saya sangat yakin diri?
sejujurnya tidak. tapi sentiasa berdoa semoga Tuhan tetapkan yang baik-baik untuk saya dan juga bakal suami.
dalam hubungan & persediaan ke arah perkahwinan. kita tak boleh nak expect semuanya yang best-best, yang happy-happy saja. yang paling penting, kita tetap juga sayangkan dia, mahukan dia.. sewaktu masa perit dan hati terguris.
saya masih ingat saya ada satu prinsip untuk diri sendiri since years ago,,
"accept the weaknesses and still in love, and then you'll see the goodness as a bonus."
nota: semua kata-kata hanyalah pandangan peribadi saya, it doesn't mean that it's applicable to everybody. :)
No comments:
Post a Comment