July 31, 2011

Dugaan dalam pertunangan, sentiasa ada.



as salam... how are you all the bride-to-be?
:)
alhamdulillah esok dah hari pertama ramadhan... sebulan ni semoga kita semua sama-sama dapat merebut ganjaran sebanyak mungkin. dan berharap semoga masih diberi peluang untuk berjumpa lagi ramadhan seterusnya.

berita hari ini, rasanya semua sudah sedia maklum kebanyakan orang menyebut-nyebut tentang the call-it-off engagement of goal keeper Khairul Fahmi.
terus terdetik, 'sayangnya....'
bukan kerana dia tu khairul fahmi dan perempuan tu elia, tapi kerana pertunangan tu adalah satu tapak melangkah ke jalan yang diredhai.
tapi, mungkin juga sudah bukan jodoh mereka.
sebagai seorang yang berada di alam pertunangan, saya sangat faham badai gelora waktu pertunangan ni lain macam jika nak dibandingkan waktu kita tengah ber-couple2 & bercinta-cinta.
kadang-kadang ada yang tewas, dan banyak pulak yang berjaya mengharungi.

dalam erti kata mudah, waktu bertunang adalah fasa yang boleh jadi indah dan jugak menyakitkan. bergatung kepada cara kita handle diri, pasangan, dan juga hubungan.
waktu ini lah syaitan-syaitan yang sangat benci nak tengok umat Islam nak menuju ke arah jalan yang halal akan cuba cucuk mencucuk, bisik-membisik keraguan dan macam-macam lagi.!
dengan tujuan supaya perkara kebaikan itu tak akan menjadi. syaitan lagi suka manusia ni sentiasa hidup dalam membuat dosa. kan itu kita semua tahu.
kita yang sebelum ni sangat penyabar orangnya boleh bertukar menjadi pemarah.
perkara yang remeh temeh mula lah dirasakan sangat besar dan merunsingkan.
yea.. benda-benda begini memang berlaku.
itu tak termasuk lagi kes-kes seperti ada saja orang-orang baru atau lama mula nak menghadir dalam life kita, ataupun pasangan kita. eh eh mana dulu-dulu takde pulak, tapi bila masuk saja fasa darah manis..berbagai-bagai pulak, kan?
funny it is, it's true.

macam mana nak handle??
kena sentiasa ingat, jangan leka dengan hasutan syaitan. cakap macam mudah, tapi bila saat-saat genting tu, time-time macam tu lah kita akan terlupa lalu bertindak ikut emosi.
jadi, cuba lagi dengan sepenuh hati. sentiasa ingat-mengingatkan dengan pasangan kita.
dan cuba untuk mengalah pada perkara-perkara perlu. lelaki ada egonya sendiri, kita jangan bersaing dengan ego mereka. kita tak akan menang, hanya menambah buruk keadaan.
what we should do??
being a wise lady.
it's like a rubber-band, the more you pull..they more they'll go farther. so loosen up, and they'll back. :)

adakah saya sangat yakin diri?
sejujurnya tidak. tapi sentiasa berdoa semoga Tuhan tetapkan yang baik-baik untuk saya dan juga bakal suami.
dalam hubungan & persediaan ke arah perkahwinan. kita tak boleh nak expect semuanya yang best-best, yang happy-happy saja. yang paling penting, kita tetap juga sayangkan dia, mahukan dia.. sewaktu masa perit dan hati terguris.

saya masih ingat saya ada satu prinsip untuk diri sendiri since years ago,,

"accept the weaknesses and still in love, and then you'll see the goodness as a bonus."






nota: semua kata-kata hanyalah pandangan peribadi saya, it doesn't mean that it's applicable to everybody. :)

July 17, 2011

Time is slow, for those who waits.


betul tak? bila kita menunggu-nunggu sesuatu, rasa macam ya Allah kenapalah masa bergerak macam kura-kura??
tapi bila kita relax2 saja, sedar tak sedar masa dah banyak tinggalkan kita.
bila occupied dengan benda lain, terlupa sekejap pada wedding countdown. sampai bila tergerak hati untuk check, [saya ada download wedding countdown application dalam mobile phone], check je tengok dah tinggal sebulan lebih sebelum ke hari The Day.
whoa sebulan lebih, padahal banyak je lagi yang belum settle.
kebanyakan juga sebab kekangan kewangan, biasala baru setahun kerja berapalah sangat yang ada. mujur juga saya hanya inginkan perkara-perkara basic, kalau saya ni particular rasanya mau ting-tong jugak kepala ni. hehe.

pada masa-masa begini amatlah penting untuk kita rasa tenang sehabis mungkin. kalau pun ada perkara yang menyesakkan, cuba untuk calm down. dan paling penting, jaga tutur kata dengan makhluk tuhan yang bakal kita kahwini, sebabbbb percayalah orang itu juga sama-sama fragile macam kita. kalau dulu kita nak merajuk sesuka hati pun tak kesah kerana tau dia akan memujuk, tapi utk masa ni cuba untuk ketepikan semua tu. simpan keinginan tu untuk lepas kahwin.
kalau kita suka menduga-duga pasangan, pun hentikan untuk waktu ini.
saya ada jumpa seorang kawan, dia cerita kawan baik dia batalkan the wedding 3weeks before the date. siap telefon hotel cancel kan booking and all. dalam hati saya rasa 'God, it's terrifying!! macam mana bole jadi gitu??" tapi tu la kenyataan nya.
tu la betapa nya dugaan menghampiri kahwin ni amat besar dan kadang-kadang ada orang yang tak mampu menghadapinya.
atau pun juga, mungkin bukan jodoh.

anyway.
sekarang jarang-jarang bercakap dengan bakal suami on the phone. 2-3kali seminggu, itu pun mengenai perkara berkaitan urusan kahwin.
untuk jumpa apatah lagi. masa dan kerja limits everything. najib belum pun tengok invitation card yang dah siap tu, sebab dah lama tak balik ke rumah.
rindu? sometimes tak sempat. coz frankly bila da masuk tahap ni sometimes terlupa sekejap zaman-zaman berdating bagai.
i cant remember the last time we went out for dating. bila fikir macam ni, rasa macam hee cepat-cepatla sampai The Day. cepatlaaaa... :P



note: solemnization attire dah siap.in fact da 3mggu siap, tapi belum ambil. and this noon i went to the shop, tutup la pulak... maybe diorang memang tutup ahad kot...


July 13, 2011

Dugaan.~

salam alaik...

hope lovelies semua gembira-gembira saja hari ini. :)
sekurang-kurangnya boleh saya tumpang senyum. lately, banyak perkara yang menyesakkan fikiran. sampai tiap pagi nak ke tempat kerja saja dah macam tak sabar nak tunggu pukul 5, padahal baru je nak start kereta pergi kerja. pagi tadi kakak najib yang sulung; along, cakap.. "happy working..!" hee agaknya dia nampak muka saya berbelah bahagi.

perkara masalah tempat kerja, tak dapatlah nak kongsi di sini. faktor kerahsiaan tu masih ada. [cehh macam tentera pulak!]
kemudian terima kabar dari najib, cakap yang dia ditimpa musibah. musibah yang boleh sebabkan banyak perkara tergendala. ya Allah... waktu tu saya jadi tertekan, walaupun sepatutnya saya yang tenangkan dia.
saya lupa yang sayalah sepatutnya yakinkan dia insyaAllah everything will be okay..
my bad.
dalam nak menuju ke alam perkahwinan seperti kita semua maklum akan ada saja lah dugaan-dugaan yang melanda. perkara kecil saja boleh jadi macam sangat besar. apa lagi kalau perkara yang besar.

saya berkongsi masalah dengan Chu; mak saudara. tak sampai hati nak peningkan kepala mama dan tambahkan kerisauan pada dia. Chu cakap tenangkan fikiran dulu kemudian istigfar..
hmm. perlu banyak mengingati tuhan dan mohon padaNya.



P.S. to all future bride, makesure borang kebenaran nikah tentera pasangan anda di settle kan seawal yang boleh. sebab banyak proses yang perlu dilakukan. and selagi borang nikah bahagian lelaki tak settle, borang pengantin perempuan takkan dapat settle. [finalise borang adalah pengantin perempuan perlu hantar semua borang ke pejabat agama tempat nikah akan berlangsung]
some negeri like selangor even tak benarkan kita booking date dengan imam selagi belum settle borang, from what my friend had told me.
jadi be firm a bit lah, sebab kerja tentera ni kita semua tahu there's uncertainty. kadang-kadang kita rancang this and that, tapi tak mustahil tiba-tiba mereka dapat task pula pada saat tu. so apa yang boleh di settle kan dahulu, settle kan awal2 ye. :)


July 06, 2011

Save the Date!~


pheww it has been a while since i update anything regarding the wedding preparation.
for these few weeks tak dapat nak cari masa yang sesuai untuk menulis. former entry, itu pun type via phone aje.

wedding card.
salah satu important element to announce the wedding. sekarang ni macam2 jenis card ada. ekonomi card, hard cover card, card with cd, hee macam-macam lagi lah.

and for us... alhamdulillah invitation card dah siap dicetak, dah sampai... :)
bercerita tentang invitation card, off all wedding card company yang ada di Malaysia ni, ada satu saja yang menepati kehendak kami;


sebab kami nak card yang berkonsepkan greeting card.
card yang casual, yang takde tepak sirih, bunga-bungaan.. :P
jadi pertama kali surf website ni, terus dah berkenan dengan the design. dan kebetulan masa kursus pra perkahwinan, dapat pamplet from the company since one of the branch is in Senawang. waa rasa macam wahh ini sudah ditakdirkan!hehehe..

jadi lepas bincang-bincang dengan najib, saya pergi ke showroom untuk tempah card.
agak risau jugak nak tempah lewat, takut tak sempat dapat pada masa yang sesuai. showroom memang nice, semua card dari company ni sangat unik. too bad tak ingat nak snap gambar.
oh yea, ini company yang sama yang create card kahwin Facebook Zed Zaidi. siapa-siapa yang bertemu pasangan melalui FB, bolehlah tempah card ni. :)

sebenarnya, saya dan najib tak berapa suka ayat yang meleret dan berbunga-bunga bahasa. hampir je buat card in English Version.
orang kedai cakap,, "akak, kalau akak buat card bahasa inggeris..akak la orang yg pertama kat kedai ni." huhuhuh.

the thing that i like with this company:
- customer boleh bagitau what they have in mind, dan artwork designer akan cuba create that.
- cost artwork adalah rm30. with this, dia akan create or edit card from yang sedia ada dan akan email pada client. kalau tak puas hati, kita boleh mintak mereka edit.
Fact: card kami 4 kali edit. ha ha ha ha. ada je yang nak amendment. rupanya boleh tahan jugak Najib punya expectation to fit our request. but it's good, memang kami puas hati dengan the outcome.

anyway. ini baru one side punya card, since the period between both reception is quite long. about 3months. hee kopak jugak poket nak tempah lagi nanti. :p

so...
presenting... the cover......





yeap. this is it.
:D