September 29, 2011

Save the Date!~ :: Teaser from Photographer


just got the teaser for our wedding photos.. can't wait to see the rest, especially the night capturer mode. :)

September 23, 2011

Officially a wife. - 3 weeks.


alhamdulillah.
2 september 2011 bersamaan 4 syawal, bergelar isteri kepada mohd najib bin muhamad nasir.
syukur alhamdulillah...

August 23, 2011

as the time passed by..


tinggal beberapa hari je lagi sebelum bergelar isteri orang.
tak tau lah apa perasaan, risau pun ada bila fikir mampu ke melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
ramai yang bertanya mengenai preparation, honestly takde banyak benda untuk difikirkan kerana majlis pun simple-simple saja. dok fikir sekarang just nak balik dan lepak2 dengan family and sedara mara. :)
my aim, is to gather all family members and close friends on our blessing day. itu yang paling diutamakan.

bila dikira-kira, banyak jugak berhabisan untuk ke arah perkahwinan ni. sedangkan buat simple2 je tu. tak boleh bayangkan macam mana orang lain yg buat bermacam2 lagi, berapa banyak ye yang habis.
hee mungkin sebab semua guna own expenses kot, tu yang rasa gitu. hehe. segan nak menyusahkan keluarga lagi, dah besar panjang dah bekerja kan. cukup-cukup la parents banyak spend sejak kecik sampai la dapat degree ni.

masa awal create blog ni saya ada cakap this side of wedding simple je, takde sword barrel ape sume. tapi in the end, setelah buat family discussion, bakal suami cakap sword barrel tetap ada untuk wedding ni.
jadi kelam kabut la reserve kan baju untuk sword barrel. from the same place that i booked my makeup.
yea, pergi 1 tempat je. takde pegi survey butik lain. *haa peliknya bakal pengantin ni...*
i cant believe my self that im not fussy at all on choosing for my wedding dress, sedangkan kebiasaannya nak beli baju pun agak cerewet. :p
siap berat badan naik 2,3kg tau sepanjang ramadhan. haa pastu mula risau tak muat nak pakai solemnization attire!
agaknya sebab bahagia kot dah nak jadi isteri kepada orang yang disayangi..hehe.. *eeee ape jiwang2 ni bulan puasa nihhh*

okay i better stop now. haha.


the insight of workstation~

our 'save the date' in real. :)

my cubicle of work.


Puan Nor farihan azizan. (-_-")





bila masa ntah ketua jabatan saya meletak tanda nama ni, sedar-sedar je dah ada. 'Puan' dah hehhh.
saya malu laaaaa.... :p


August 20, 2011

Alhamdulillah...


tak dapat nak bercakap banyak, tapi hanya ucapan syukur nikmat saja yang mampu dilafaz.
bermacam adventure sepanjang perjalanan untuk siapkan.

i am so glad we made it for the form!!!!


August 03, 2011

30 hari mencari cinta.



menghitung hari... detik demi detik....
ada banyak hari lagi ni... puluh puluh hari lagi... :) :)


update so far:

  • future husband's wedding ring dah sampai... [just remember still didn't write any info about this.]
  • solemnization attire dah pick up.. [fit. fit. fitt.. rasanya kene cari korset. hu hu.]
puasa pun masih bagus lagi. cuma nak melayan kerenah students yang asyik jadikan puasa sebagai alasan nak jadi lembik, lemah dan sebagainya. cess.~

lovelies... happy fasting! :')


July 31, 2011

Dugaan dalam pertunangan, sentiasa ada.



as salam... how are you all the bride-to-be?
:)
alhamdulillah esok dah hari pertama ramadhan... sebulan ni semoga kita semua sama-sama dapat merebut ganjaran sebanyak mungkin. dan berharap semoga masih diberi peluang untuk berjumpa lagi ramadhan seterusnya.

berita hari ini, rasanya semua sudah sedia maklum kebanyakan orang menyebut-nyebut tentang the call-it-off engagement of goal keeper Khairul Fahmi.
terus terdetik, 'sayangnya....'
bukan kerana dia tu khairul fahmi dan perempuan tu elia, tapi kerana pertunangan tu adalah satu tapak melangkah ke jalan yang diredhai.
tapi, mungkin juga sudah bukan jodoh mereka.
sebagai seorang yang berada di alam pertunangan, saya sangat faham badai gelora waktu pertunangan ni lain macam jika nak dibandingkan waktu kita tengah ber-couple2 & bercinta-cinta.
kadang-kadang ada yang tewas, dan banyak pulak yang berjaya mengharungi.

dalam erti kata mudah, waktu bertunang adalah fasa yang boleh jadi indah dan jugak menyakitkan. bergatung kepada cara kita handle diri, pasangan, dan juga hubungan.
waktu ini lah syaitan-syaitan yang sangat benci nak tengok umat Islam nak menuju ke arah jalan yang halal akan cuba cucuk mencucuk, bisik-membisik keraguan dan macam-macam lagi.!
dengan tujuan supaya perkara kebaikan itu tak akan menjadi. syaitan lagi suka manusia ni sentiasa hidup dalam membuat dosa. kan itu kita semua tahu.
kita yang sebelum ni sangat penyabar orangnya boleh bertukar menjadi pemarah.
perkara yang remeh temeh mula lah dirasakan sangat besar dan merunsingkan.
yea.. benda-benda begini memang berlaku.
itu tak termasuk lagi kes-kes seperti ada saja orang-orang baru atau lama mula nak menghadir dalam life kita, ataupun pasangan kita. eh eh mana dulu-dulu takde pulak, tapi bila masuk saja fasa darah manis..berbagai-bagai pulak, kan?
funny it is, it's true.

macam mana nak handle??
kena sentiasa ingat, jangan leka dengan hasutan syaitan. cakap macam mudah, tapi bila saat-saat genting tu, time-time macam tu lah kita akan terlupa lalu bertindak ikut emosi.
jadi, cuba lagi dengan sepenuh hati. sentiasa ingat-mengingatkan dengan pasangan kita.
dan cuba untuk mengalah pada perkara-perkara perlu. lelaki ada egonya sendiri, kita jangan bersaing dengan ego mereka. kita tak akan menang, hanya menambah buruk keadaan.
what we should do??
being a wise lady.
it's like a rubber-band, the more you pull..they more they'll go farther. so loosen up, and they'll back. :)

adakah saya sangat yakin diri?
sejujurnya tidak. tapi sentiasa berdoa semoga Tuhan tetapkan yang baik-baik untuk saya dan juga bakal suami.
dalam hubungan & persediaan ke arah perkahwinan. kita tak boleh nak expect semuanya yang best-best, yang happy-happy saja. yang paling penting, kita tetap juga sayangkan dia, mahukan dia.. sewaktu masa perit dan hati terguris.

saya masih ingat saya ada satu prinsip untuk diri sendiri since years ago,,

"accept the weaknesses and still in love, and then you'll see the goodness as a bonus."






nota: semua kata-kata hanyalah pandangan peribadi saya, it doesn't mean that it's applicable to everybody. :)